Saturday 15 January 2011

Aktiviti Menarik..

Sesungguhnya segala puji hanyalah milik Allah SWT. Dia yang sepatutnya kita puji dan hanya kepada-Nyalah kita meminta pertolongan. Barangsiapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Barangsiapa yang disesatkan oleh Allah SWT maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah dan petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi Junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.


Pada hari Selasa bersamaan 11 Januari 2011 Baitul Munir telah mengadakan pertandingan pidato dan khutbah. Idea untuk mengadakan pertandingan ini daripada Ustaz Mohamed Sukri sendiri yang merupakan Penasihat Persatuan Mahasiswa Al-Munir (PEMUNIR). Atas dasar untuk melahirkan pendakwah yang bukan sahaja berilmu tetapi berdaya saing serta berkebolehan dalam setiap bidang yang diceburinya.


Pertandingan yang berlangsung selama 2 jam yang melibatkan setiap ahli Baitul Munir. Para peserta dibahagikan mengikut bilik-bilik masing-masing dengan setiap bilik-bilik menghantar seorang wakil. Masa yang diperuntukan bagi setiap peserta hanyalah sebanyak 15 minit sahaja. Peserta bebas memilih tajuk yang ingin dibentangkan bagi setiap pertandingan.


Selesai sahaja setiap peserta memberi persembahan markah diumumkan oleh para hakim yang terdiri dari kalangan ahli Baitul Munir juga. Para hakim juga turut memberi kritikan serta kaedah supaya para peserta dapat memperbaiki diri sendiri bagi mempersiapkan diri pada masa hadapan sekembalinya mereka ke tanahair mereka kelak. Pertandingan diakhiri dengan ucapan dari Ustaz Mohamed Sukri selaku Penasihat Persatuan Mahasiswa Al-Munir (PEMUNIR).


Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang setiap pertandingan serta takziah kepada sesiapa yang kalah dalam pertandingan tersebut. Semoga kekalahan yang dihadapi menjadi salah satu anjakan paradigma untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri.


Muhammad Ashraf Bin Shamil

Timbalan Presiden

Persatuan Mahasiswa Al-Munir

No comments:

Post a Comment