Tuesday 23 November 2010

MUNIR FA & MUNIR FC; PERLAWANAN FUTSAL PERMAYA 2010

Terlalu lama blog Ma'ahad Al-Munir tidak dikemaskini dengan tulisan-tulisan aktiviti terbaru. Maklum sahaja, Ma'ahad Al-Munir masih belum mempunyai perkhidmatan internet di Baitul Munir dan insyaallah, dalam masa terdekat pihak pengurusan Al-Munir akan memasang internet di Baitul Munir.

Banyak aktiviti yang telah dilalui oleh ahli-ahli Al-Munir ketika ini dan paling terbaru adalah penglibatan Ma'ahad Al-Munir dalam Perlawanan Futsal PERMAYA 2010 yang dianjurkan oleh Lajnah Sukan & Kebudayaan PERMAYA 2010/2011 selama tiga hari iaitu 22, 23 dan 24hb November 2010.

Ma'ahad Al-Munir telah menghantar dua kumpulan futsal dalam perlawanan ini iaitu Munir FA dan Munir FC. Rasa-rasanya 2 kumpulan ini sahaja kumpulan futsal termuda di Sana'a, Yaman.


MUNIR FA



MUNIR FC

Keputusan semasa buat masa ini Munir FA telah berjaya memenangi 1 perlawanan, 1 seri dan 1 kalah dan terpaksa menempuh perlawanan terakhir liga pada petang ini (23hb Nov.) sebagai perlawanan penentuan untuk ke peringkat seterusnya.

Manakala Munir FC kalah 3 kali berturut dan terpaksa membatalkan perlawanan terakhir liga atas sebab tertentu. Munir FC juga terpaksa bermain tanpa pemain simpanan atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Harapan untuk ke peringkat seterusnya hanya terletak pada Munir FA sahaja buat masa ini. Sama-sama kita doakan dan menyokong Munir FA.


p/s: koleksi gambar perlawanan futsal ini atau segala aktiviti Ma'ahad Al-Munir boleh tengok di FB FAN MA'AHAD AL-MUNIR.

No comments:

Post a Comment