Friday 31 December 2010

Coretan Sempena Tahun Baru

Alhamdulillah segala urusan visa telah berjaya diselesaikan.Ucapan terima kasih kepada warga-warga Baitul Munir yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Pengajian-pengajian di universiti juga telah bermula sehingga terasa kesunyiannya.Ingat kata-kata semangat yang selalu kita laungkan نحن طلب مجثهد"” jangan kita berputus asa apabila kita ditimpa kesusahan dalam sesuatu perkara kerana ingatlah Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.

Ingat pesan Ustaz Sukri bahawa kehidupan dunia ini hanyalah satu persinggahan yang sementara untuk kita tiba di destinasi yang tiada penghujungnya ibarat bercucuk tanam di sebuah ladang sambil menunggu hasil-hasil tanaman untuk dipetik di kemudian hari.Oleh itu, tanamkan keazaman untuk belajar bersungguh-sungguh semoga ilmu yang kita perolehi di bumi iman dan hikmah ini dihitung di sisi Allah kelak sebagai ilmu yang bermanfaat yang dapat menyelamatkan kita dari azab api neraka-Nya yang pedih.

Dengan ini, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada setiap warga Baitul Munir semoga menjadi Generasi Al-Quran yang Mutaqqin yang ikhlas berjuang di jalan Allah SWT.


Muhammad Ashraf bin Shamil,

Timbalan Presiden,

Persatuan Mahasiswa Al-Munir


No comments:

Post a Comment