Sunday 13 March 2011

Yaman : Pelajar Malaysia Diarah Pulang Ke Malaysia

Keadaan di Sana'a nampaknya semakin meruncing selepas kejadian yang terbaru di Dairy setelah 8 orang mati dan beratus-ratu cedera.

Kebanyakan jalan untuk Dairy juga telah ditutup akibat kawasan demontrasi yang semakin merebak dan terbaru adalah daripada Jamiah Jadidah sehingga Hasobah dan juga sehingga Jamiah Qadimah.

Penyokong kerajaan juga semakin merebak dari Medan Tahrir sehingga Jaulah Kentaki kini.

Rakyat-rakyat Malaysia di sekitar Dairy yang berjumlah lebih kurang 10 buah rumah telah dinasihatkan untuk berpindah disekitar Jamiah Al-Iman kerana ia adalah kawasan yang paling selamat buat masa ini.

PERMAYA juga telah menubuhkan skuad dan ahli jawatankuasa khusus yang bertujuan melaraskan database ahli, memantau keselamatan ahli dari masa ke masa dan sebagainya.

Selepas mana perjumpaan Exco-exco PERMAYA dengan pihak kedutaan hari ini, akhirnya telah dikeluarkan keputusan untuk membawa balik semua rakyat Malaysia di Yaman khususnya pelajar-pelajar Malaysia di Yaman dalam masa terdekat dan kemungkinan besar pada hari Rabu ini selepas mana telah diwar-warkan di Web permaya.org dan Facebook PERMAYA.

Kepada pelajar-pelajar Malaysia di Yaman, dinasihatkan supaya menyediakan keperluan seperti pakaian untuk dibawa pulang mulai dari sekarang dan berat timbangan maksimum hanya 7kg sahaja.

Sumber : www.syazwansafain.blogspot.com

No comments:

Post a Comment